Thursday 28 March 2013

Kelebihan surah Al-Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim, 

Salam dan selawat keatas junjungan Nabi besar kita Muhammad S.A.W....

Hari ni Kak Ogy nak share sedikit maklumat yang di ambil dari blog ustaz Basyer berkenaan kelebihan surah Al-Ikhlas. Di harap dapat memberi manfaat untuk kita semua In shaa Allah:-


Sebahagian Al-Quran

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Hadis Riwayat  Bukhari)
 
Khatam Al-Quran

Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadis Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

No comments:

Post a Comment