Sunday 24 March 2013

Minyak Senyonyong aka Zaitun :)


Bismillahirrahmannirrahim....
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
 
 
Untuk entri kali ni Kak Ogy nak share cerita pasal minyak zaitun. Kak Ogy sendiri dalam testimoni untuk melihat kesan Minyak zaitun pada parut kat perut lepas bersalin tak banyak dah parut2 tu tapi still kena berusaha untuk licinkan kulit yg tak sekata aheeeeeee...
 
 
Buah Zaitun sendiri kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi.
 
Kebanyakan Minyak zaitun yang dikomersialkan telah hilang zatnya. So amatlah penting bagi kita mencari minyak zaitun yang tulen adalah yang melalui proses ekstrak pertama tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah.
 
 
Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
 
Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
 
 
Ok kat bawah plak Kak Ogy share cara-cara untuk makan minyak zaitun:-
 
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci). Credit to (http://tayibah.com/eIslam/zaitun.htm)



 
 
 
 




No comments:

Post a Comment