Monday 20 May 2013

My Birthday

Salam dan selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W,

Kak Ogy memang jarang update blog, bukan...bukan malas, tapi Kak Ogy tak de benda menarik yang kak Ogy nak share. Tapi sempena ulang tahun Kak Ogy yang ke 32 ni rasa (kertu...(tua) dah diri ni). Rasa macam tak de pencapaian yang menarik dalam hidup Kak Ogy ni. Ada blog pun nak cerita pasal diri segan, so cerita la sedikit sebanyak.






Walau apapun pencapaian dalam hidup kita, kita sebenarnya kena harus redha dan bersyukur kerana orang lain belum tentu mampu dapat buat apa yang kita telah lakukan sepanjang hidup ini. Sebab itu Allah jadikan kita berlainan kulit, warna, rupa dan bla..bla...ngeeeee...

Kak Ogy bersyukur kerana di kurniakan suami yang hensem  baik, rajin, penyayang dll la, juga tak lupa di kurniakan seorang anak lelaki, pewaris zuriat dan keturunan. Cuma apa yang kak Ogy ralatkan ialah Kak Ogy belum dapat membahagiakan kedua ibu bapa kak Ogy.

Abah dah tak de, masih lagi terngiang di telinga pesanan terakhir abah. Kita kalau nak berniaga biar cerdik. Jadi orang yang dapat tangkap tender, bukan kuli yang cuci lantai. Begitula sedikit sebanyak nasihat dari abah setelah mendapat tahu sepupu ada buat bisnes cuci-cuci servis cleaning laki bini. Tapi yang menariknya derang laki bini yang usahakan sendiri(cuci sendir) tak de pakai kuli.

Kak Ogy mula bisnes kecil-kecilan dengan gubahan bunga keluarkan modal, tapi bila kurang mendapat sambutan, bunga pun terkubur layu. Nasibla bunga plastik. Than masuk bulan pose, member cakap lau nak komisen tolong rekemenkan kurma dia kat kekawan. Bermula dari situ Kak Ogy rajin plak mempromote barang niaga orang lain. Sebab seronok tak keluarkan modal.

Kemudian Kak Ogy mula berniaga barangan pemakanan dari timur tengah seperti cuka Kurma, Pati Delima, Habbatus Sauda, Za'faran, Minyak Zaitun dll. Seronok berniaga ni dia luar biasa sikit. Bukan keuntungan besar yang di kejar. Tapi bila kita menjual produk yang menjadi amalan sunnah rasulullah S.A.W seperti kurma dll dapat membantu menyelesaikan masalah sakit-sakit orang dengan rekemen produk mana yang sesuai.


Alhamdulillah, walaupun untung entah kemana, modal entah kemana yang penting kita rasa happy dan bersemangat dengan perniagaan kita. Sebenarnya Kak Ogy menunggu masa yang sesuai untuk memperbesarkan perniagaan Kak Ogy ni In shaa Allah. The day will come.


Oklah sampai sini saja setakat ni. Kak Ogy cuma ucapkan pada diri Kak Ogy agar berjaya memperbaiki amalan baik dan juga dapat menjadi contoh yang baik pada semua, biarpun Kak Ogy tak mampu mencegah kemungkaran dan keburukan. Hanya doa dan iringan buat semua di sekeliling Kak Ogy dan juga pada yang rajin nak baca...eh ada yang baca ke. Sekian wassalam :).

Thursday 2 May 2013

Pelamin Tunang DIY

Bismillahirrahmannirrahiimm...

Alhamdulillah baru je kak Ogy makan nasi ayam kat belakang ngan g tido time lunch time, pagi2 dan petang sekang ni hujan dan mendung je buat Kak Ogy tak tahan nak tidur je rasanye....ngeee apakah ini simptom2 kertu....(tua).


Kali ni Kak Ogy nak cerita pasal kenduri tunang jiran Kak Ogy, eh ada ke org nak baca? Tak pelah kalau tak de sekalipun Kak Ogy anggap sebagai kenangan dan tatapan untuk Kak Ogy satu hari nanti.

Ok back to the point. Nak dijadikan cerita jiran sebelah kak Ogy ni org Minang tapi anak beranak dia dah beranak pinak kat sini so IC pun dah kaler biru la.

Kalau ikut adat diorang Keluarga perempuan yang kena minang sebelah lelaki. So ini kes 1st time keluarga derang kahwin dgn Melayu asal (Org selangor la). Derang tak tau sangat pasal2 adat org melayu dan mintak Kak Ogy menggubah barang2 hantaran.

So bermula la episod keras tangan Kak Ogy. Ngeee boleh la melihat gambar2 pelamin tunang DIY Kak Ogy ni :-



Yang ni bunga tepi dia asalnya anaknye nak sewa pelamin sampai rm 400 uols. Kak Ogy cakap tak payahla membazir tunang jeewww pooon.



Ha ni tgk lagi kat bawah ni:-


-

-

-


-


-


-


-



-


-


-




taraaa inila pengantinnye...eh eh ni majlis tunang baru la...so penunangnye...ngeeeeee




Kak Ogy sempat lagi tabur bunga-bunga kering sebagai hiasan .....so sape2 nak tiru cubalah senang je sebab org lain yang jahit langsir belakang tu Kak Ogy cuma pengarah teater sahaja (Tok Mandur)..


Oklah bubai dan salam ukhwah semua :)