Tuesday 20 August 2013

Masuk Wad dan Pil Baraka Habbatus Sauda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani,

Sekarang ni kita masih lagi di musim perayaan dan orang kata mood raya. Kak Ogy sendiri masih tak puas santap rendang, nasi impit kuah kacang dsb. Tapi minggu lepas si kecik anak Kak Ogy masuk wad demam panas dan ada jangkitan kuman. Dalam 3 hari juga la masuk wad. Tapi Kak Ogy mengalah kali ni terpaksa berikan ubat-ubatan hospital. Pasrah. Hati ibu mana yang tak sedih bila anak kecil tiba-tiba demam panas 40"C tak turun-turun suhu badannya.

Bergegas-gegas la pukul 3 am bawak pergi klinik tapi suhu turun sekejap dan kemudian panas balik. Terus bawak hospital dan admitted. Selama 3 hari berada dalam wad di jaga rapi oleh nurse dan doctor buat hati hilang resah. Sebab doctor bagi masuk air garam ngan ubat smecta. Ubat untuk cuci jangkitan kuman dalam usus dia tu. Buang air besar jela sepanjang dok wad tu.

Discharge je dari wad Kak Ogy rasa sakit tekak dan batuk-batuk pulak. Blame on me sebab dah lama tak jamah pati delima, cuka kurma dan juga habbatus sauda. Kebetulan pulak Kak Ogy ada appointment dgn Doc Pakar pada hari Sabtu lepas dan Doc pakar buat MRI atas sakit tulang belakang Kak Ogy. 

Resultnya sangat mengecewakan kerana Doc suh berhenti menyusu sehinggala Kak Ogy recover dari sakit yg di alami kerana Doc nak kasik ubat tahan sakit yang kuat dan vitamin saraf yang tak sesuai untuk ibu mengandung dan juga menyusu.

Kak Ogy terpaksa menolak sementelah bayi Kak Ogy yang berumur 16 bulan kurang selera makan dan juga kuat menyusu badan. 

Susu botol di tolak mentah2 bila Kak Ogy ada kat rumah. Kat rumah pengasuh pulak dia cuma minum beberapa oz utk hilangkan dahaga. OoOh sungguh Kak Ogy tak sanggup. Jadi doc pakar cuma mampu bekalkan ubat panadol dan vitamin saraf sambil menyarankan Kak Ogy melakukan senaman seperti risalah yang dibekalkan dan teruskan rawatan fisioterapi. 

Kak Ogy balik rumah berazam dan bertekad tak nak tinggalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda dan juga za'faran. Sebelum ni bila Kak Ogy amalkan minum air za'faran si kecik Munsif (nama anak Kak Ogy) tu alhamdulillah tumbuh gigi pun tak demam.

Sambil2 doa dan tak lupa juga makanan yang konsisten Kak Ogy akan usahakan dengan jayanya penyusuan lengkap sehingga Munsif berumur 2 tahun In Shaa Allah. 

Kak Ogy akan cuba juga melakukan senaman seperti yg disarankan untuk menguatkan otot tulang yang lemah supaya Kak Ogy dapat bertahan dari sakit dan dapat menjalankan tugas yg di amanahkan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Semalam da dua hari Kak Ogy makan pil habbatus sauda. Sakit tekak beransur pulih dgn syarat kena minum air masak banyak2 dan bonus dari memakan pil habbatus sauda juga membuatkan ASI boost secara semulajadi. Caya tak caya kenala cuba ye.

Hasben Kak Ogy cuba cari dekat supplier stok Pil Baraka amatlah terhad hanya 5 kotak setiap pembelian.


PM or whatsapp at 0176422739. Hurry Up, don't wait until late place your order now!!!. For serius buyer only!!

P/S: Anda boleh cuba pre-order dulu kerana stok amatlah terhad sekarang ni.

No comments:

Post a Comment