Monday 20 May 2013

My Birthday

Salam dan selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W,

Kak Ogy memang jarang update blog, bukan...bukan malas, tapi Kak Ogy tak de benda menarik yang kak Ogy nak share. Tapi sempena ulang tahun Kak Ogy yang ke 32 ni rasa (kertu...(tua) dah diri ni). Rasa macam tak de pencapaian yang menarik dalam hidup Kak Ogy ni. Ada blog pun nak cerita pasal diri segan, so cerita la sedikit sebanyak.






Walau apapun pencapaian dalam hidup kita, kita sebenarnya kena harus redha dan bersyukur kerana orang lain belum tentu mampu dapat buat apa yang kita telah lakukan sepanjang hidup ini. Sebab itu Allah jadikan kita berlainan kulit, warna, rupa dan bla..bla...ngeeeee...

Kak Ogy bersyukur kerana di kurniakan suami yang hensem  baik, rajin, penyayang dll la, juga tak lupa di kurniakan seorang anak lelaki, pewaris zuriat dan keturunan. Cuma apa yang kak Ogy ralatkan ialah Kak Ogy belum dapat membahagiakan kedua ibu bapa kak Ogy.

Abah dah tak de, masih lagi terngiang di telinga pesanan terakhir abah. Kita kalau nak berniaga biar cerdik. Jadi orang yang dapat tangkap tender, bukan kuli yang cuci lantai. Begitula sedikit sebanyak nasihat dari abah setelah mendapat tahu sepupu ada buat bisnes cuci-cuci servis cleaning laki bini. Tapi yang menariknya derang laki bini yang usahakan sendiri(cuci sendir) tak de pakai kuli.

Kak Ogy mula bisnes kecil-kecilan dengan gubahan bunga keluarkan modal, tapi bila kurang mendapat sambutan, bunga pun terkubur layu. Nasibla bunga plastik. Than masuk bulan pose, member cakap lau nak komisen tolong rekemenkan kurma dia kat kekawan. Bermula dari situ Kak Ogy rajin plak mempromote barang niaga orang lain. Sebab seronok tak keluarkan modal.

Kemudian Kak Ogy mula berniaga barangan pemakanan dari timur tengah seperti cuka Kurma, Pati Delima, Habbatus Sauda, Za'faran, Minyak Zaitun dll. Seronok berniaga ni dia luar biasa sikit. Bukan keuntungan besar yang di kejar. Tapi bila kita menjual produk yang menjadi amalan sunnah rasulullah S.A.W seperti kurma dll dapat membantu menyelesaikan masalah sakit-sakit orang dengan rekemen produk mana yang sesuai.


Alhamdulillah, walaupun untung entah kemana, modal entah kemana yang penting kita rasa happy dan bersemangat dengan perniagaan kita. Sebenarnya Kak Ogy menunggu masa yang sesuai untuk memperbesarkan perniagaan Kak Ogy ni In shaa Allah. The day will come.


Oklah sampai sini saja setakat ni. Kak Ogy cuma ucapkan pada diri Kak Ogy agar berjaya memperbaiki amalan baik dan juga dapat menjadi contoh yang baik pada semua, biarpun Kak Ogy tak mampu mencegah kemungkaran dan keburukan. Hanya doa dan iringan buat semua di sekeliling Kak Ogy dan juga pada yang rajin nak baca...eh ada yang baca ke. Sekian wassalam :).

No comments:

Post a Comment