Thursday, 28 March 2013

Kelebihan surah Al-Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim, 

Salam dan selawat keatas junjungan Nabi besar kita Muhammad S.A.W....

Hari ni Kak Ogy nak share sedikit maklumat yang di ambil dari blog ustaz Basyer berkenaan kelebihan surah Al-Ikhlas. Di harap dapat memberi manfaat untuk kita semua In shaa Allah:-


Sebahagian Al-Quran

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Hadis Riwayat  Bukhari)
 
Khatam Al-Quran

Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadis Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Monday, 25 March 2013

Al-kisah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Malam tadi Kak Ogy cuba lagi mengadaptasikan or senang cite merealisasikan bahan ilmiah yang akak share di sini iaitu menyapu seluruh tubuh badan dengan minyak zaitun pendek kata boleh buat mandi lah....ngeeeeee....akak nak sangat tengok ada tak perubahan seperti yang di war-warkan till then....akak nak cuba sehingga sebulan da nampak kesan nanti In shaa Allah akan di kongsikan dengan semua...


Jom kita sahut cabaran mencuba apa yang di sarankan oleh baginda Rasulullah S.A.W dan juga ada termaktub dalam al-Quran berkenaan khasiat minyak zaitun untuk luaran dan dalaman. Oh yeaa akak juga dah cuba makan minyak zaitun satu sudu besar malam tadi sebelum tidur untuk kelembapan kulit dan buang LDL dalam badan.

Bukan apa 2 tahun lepas buat check up darah LDL dah lebih border so end of April nanti akak nak cuba try test blood lagi nak tengok hasilnya.

Till then kita usaha consume minyak zaitun secara istiqamah :).....

Sunday, 24 March 2013

Minyak Senyonyong aka Zaitun :)


Bismillahirrahmannirrahim....
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
 
 
Untuk entri kali ni Kak Ogy nak share cerita pasal minyak zaitun. Kak Ogy sendiri dalam testimoni untuk melihat kesan Minyak zaitun pada parut kat perut lepas bersalin tak banyak dah parut2 tu tapi still kena berusaha untuk licinkan kulit yg tak sekata aheeeeeee...
 
 
Buah Zaitun sendiri kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi.
 
Kebanyakan Minyak zaitun yang dikomersialkan telah hilang zatnya. So amatlah penting bagi kita mencari minyak zaitun yang tulen adalah yang melalui proses ekstrak pertama tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah.
 
 
Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
 
Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
 
 
Ok kat bawah plak Kak Ogy share cara-cara untuk makan minyak zaitun:-
 
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci). Credit to (http://tayibah.com/eIslam/zaitun.htm)



 
 
 
 




Sunday, 17 March 2013

Cuka Kurma Minab Brand

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Semoga Entri kali ini dan setiap kali Kak Ogy post kan sesuatu dalam entri akan memberi manfaat kepada seluruh yang membaca.

Sebelum ini kak Ogy dok cerita je pasal Cuka Kurma so kali ni kak Ogy nak post kan pulak gambar Cuka kurma Minab yang berharga RM 18.00 satu botol kandungan bersamaan
 600 ml.


Selamat melihat dan mencuba ye!!



Thursday, 14 March 2013

Cuka Kurma Minab


Salam semua, 

Untuk Entri kali ini Kak Ogy ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang (KHAL) atau pun di panggil Cuka Kurma dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris Date Vinegar. 

Khal sendiri adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud buah-buahan yang di peram seperti kurma, epal anggur dan buah tin untuk jangka masa tertentu sehingga terhasilnya Khal yang sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia.

Nak tahu ape yang saya dapat hasil dari terjah Cik Gugle:- sila baca siket kat bawah ye :)
Ini antara khasiat buah kurma.
1: masalah darah
2. masalah usus 
3. masalah hati, hempedu, lemah jantung
4. menambahkan air mani
5. masalah kerongkong dan mulut
6. menambah nutrisi tubuh badan
7. mematikan kuman ( bakteria ) 
8. masalah migrain dan penawar racun dalam badan

Antara kandungan Vitamin dalam Khal pula ialah seperti Vitamin C,E, B1,B6, Beta-karotena,Vitamin P(bioflavonoid) dan juga potassium (untuk meremajakan kulit giteww).

Oklah cuka kurma ni juga mempunyai asid buah sebanyak 4% still lagi elok untuk kesihatan dan mampu menyingkirkan lemak dan juga toksin dalam badan. So siapa yang rasa nak maintain kuruisss pun boleh cuba sebab hasben Kak Ogy turun berat badan dan juga perutnya kempis selepas consume Cuka kurma ni. In shaa Allah pucuk pangkal niat disertai dengan doa dan selawat.

Kat bawah ni plak Kak Ogy akan listkan senarai khasiat khal pulak ye baca jangan tak baca ilmu ni :-
In shaa Allah dapat menyembuhkan:-


  1.  Kencing Manis (Menurunkan kandungan gula dalam darah)
  2. Mencuci usus (Detox)
  3. Darah tinggi (menstabilkan darah)
  4. Membuang kolestrol (Bad LDL)
  5. Mencegah asid yg berlebihan kerana sifatnya alkali
  6. Merawat masalah Gout (Mengawal Metabolisme kalsium, serta stabilkan asid)
  7. Buasir, usus problem, sembelit
  8. Menyejukkan panas badan (sifat kurma), melegakan demam
  9. Migrain dan juga penjagaan kulit (kandungan potassium)
  10. Melancarkan perjalanan haid dan juga yang paling penting melancarkan air susu ibu
  11. Khal juga dapat mencegah bakteria merbahaya kerana mampu membunuhnya.
  12. Melancarkan air kencing, mencuci buah pinggang.
  13. Membantu merawat penyakit lelah/athma serta selsema, resdung, kahak dan batuk yang berpanjangan

Hubungi Kak Ogy untuk pembelian Cuka Kurma/Khal yang berharga RM 18.00 (tak termasuk pos)