Tuesday, 10 September 2013

Seminar Jutawan Industri

Salam dan selawat ke atas junjungan nabi kita nabi Muhammad S.A.W,

Hari Sabtu lepas kak Ogy ada pergi seminar Jutawan Industri dari Doktor Azizan Osman di Wisma MCA, Jalan Ampang KL. Masya Allah ramainye orang yg berpusu-pusu untuk mendapatkan ilmu dan menaik taraf ekonomi hidup masing-masing.

Kursusnya sangat berinformasi dan sangat berinspirasi. In shaa Allah ada kesempatan Kak Ogy akan masuk kelas Jutawan Industri Dr Azizan yg berbayar punya. Buat masa sekarang Kak Ogy nak serapkan ilmu percuma ni dahulu ke dalam kamus hidup Kak Ogy. Hari ni Kak Ogy tak nak update lagi apa yg dipelajari cuma Kak Ogy tertarik dengan blog Dr Azizan sendiri yang sangat-sangat bermanfaat dan rugi kalau tak share kepada orang ramai. Salah satu tips dari Dr Azizan sendiri ialah memberi. The power of giving is "What U give U get it more". Oklah tak mahu cerita banyak baca sendiri kat sini ye :). Selamat membaca dan beramal.



Apa nak buat kalau belum berjaya?

by AZIZAN OSMAN
Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? Ada 9S yang anda boleh buat! :-
1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.
2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.
3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.
4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?
5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.
6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!
7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.
8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.
9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!
- AzizanOsman -
Silakan baca,  berkongsi & komen di www.azizanosman.com/blog !

Tuesday, 20 August 2013

Masuk Wad dan Pil Baraka Habbatus Sauda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani,

Sekarang ni kita masih lagi di musim perayaan dan orang kata mood raya. Kak Ogy sendiri masih tak puas santap rendang, nasi impit kuah kacang dsb. Tapi minggu lepas si kecik anak Kak Ogy masuk wad demam panas dan ada jangkitan kuman. Dalam 3 hari juga la masuk wad. Tapi Kak Ogy mengalah kali ni terpaksa berikan ubat-ubatan hospital. Pasrah. Hati ibu mana yang tak sedih bila anak kecil tiba-tiba demam panas 40"C tak turun-turun suhu badannya.

Bergegas-gegas la pukul 3 am bawak pergi klinik tapi suhu turun sekejap dan kemudian panas balik. Terus bawak hospital dan admitted. Selama 3 hari berada dalam wad di jaga rapi oleh nurse dan doctor buat hati hilang resah. Sebab doctor bagi masuk air garam ngan ubat smecta. Ubat untuk cuci jangkitan kuman dalam usus dia tu. Buang air besar jela sepanjang dok wad tu.

Discharge je dari wad Kak Ogy rasa sakit tekak dan batuk-batuk pulak. Blame on me sebab dah lama tak jamah pati delima, cuka kurma dan juga habbatus sauda. Kebetulan pulak Kak Ogy ada appointment dgn Doc Pakar pada hari Sabtu lepas dan Doc pakar buat MRI atas sakit tulang belakang Kak Ogy. 

Resultnya sangat mengecewakan kerana Doc suh berhenti menyusu sehinggala Kak Ogy recover dari sakit yg di alami kerana Doc nak kasik ubat tahan sakit yang kuat dan vitamin saraf yang tak sesuai untuk ibu mengandung dan juga menyusu.

Kak Ogy terpaksa menolak sementelah bayi Kak Ogy yang berumur 16 bulan kurang selera makan dan juga kuat menyusu badan. 

Susu botol di tolak mentah2 bila Kak Ogy ada kat rumah. Kat rumah pengasuh pulak dia cuma minum beberapa oz utk hilangkan dahaga. OoOh sungguh Kak Ogy tak sanggup. Jadi doc pakar cuma mampu bekalkan ubat panadol dan vitamin saraf sambil menyarankan Kak Ogy melakukan senaman seperti risalah yang dibekalkan dan teruskan rawatan fisioterapi. 

Kak Ogy balik rumah berazam dan bertekad tak nak tinggalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda dan juga za'faran. Sebelum ni bila Kak Ogy amalkan minum air za'faran si kecik Munsif (nama anak Kak Ogy) tu alhamdulillah tumbuh gigi pun tak demam.

Sambil2 doa dan tak lupa juga makanan yang konsisten Kak Ogy akan usahakan dengan jayanya penyusuan lengkap sehingga Munsif berumur 2 tahun In Shaa Allah. 

Kak Ogy akan cuba juga melakukan senaman seperti yg disarankan untuk menguatkan otot tulang yang lemah supaya Kak Ogy dapat bertahan dari sakit dan dapat menjalankan tugas yg di amanahkan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Semalam da dua hari Kak Ogy makan pil habbatus sauda. Sakit tekak beransur pulih dgn syarat kena minum air masak banyak2 dan bonus dari memakan pil habbatus sauda juga membuatkan ASI boost secara semulajadi. Caya tak caya kenala cuba ye.

Hasben Kak Ogy cuba cari dekat supplier stok Pil Baraka amatlah terhad hanya 5 kotak setiap pembelian.


PM or whatsapp at 0176422739. Hurry Up, don't wait until late place your order now!!!. For serius buyer only!!

P/S: Anda boleh cuba pre-order dulu kerana stok amatlah terhad sekarang ni.

Monday, 5 August 2013

Puasa dan menyusu

Assalamualaikum, 


Rasanya masih belum terlambat untuk menghasilkan entry berkenaan dgn ramadhan walaupun ianya makin meninggalkan kita. 


Kak Ogy rasa bulan puasa tahun ini adalah bulan puasa kedua yang mencabar diri Kak Ogy. Bukan apa 2 tahun lepas adalah puasa orang yang mengandung dan muntah-muntah berpanjangan menyebabkan Kak Ogy terpaksa admitted dan tak boleh berpuasa.

Jenuhla Kak Ogy menggantikan kembali puasa tu. Manakala tahun ni pulak tahun yang mencabar sebab anak Kak Ogy dah berusia 16 bulan dan menyusu dengan heavynya. Padahal tahun lepas menyusu sambil berpuasa tapi masih diberikan kesempatan untuk berpuasa dengan jayanya.


Tapi tahun ni sangat-sangat mencabar dengan rasa sangat keletihan. So Kak Ogy decide untuk makan supplement (makanan tambahan) dan juga skip makanan dari Timur Tengah yang akak biasa makan seperti pati delima+Cuka Kurma. Rupanya dengan skip makanan tu buatkan Kak Ogy lagi lemah dan tak bertenaga. Rasa menyesal pun ada.


Pati Jus delima Gulshan ni rupanya mempunyai khasiat seperti :-

  • · Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
  • · Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal 
  • · Membersihkan hati dan urethra
  • -Mengeluarkan angin atau asid dalam badan (Asid seperti gastrik)
  • · Memperkuatkan sistem penghadaman
  • · Membuang lemak-lemak berlebihan
  • · Meningkatkan tenaga
  • · Mencegah ‘morning sickness’
  • · Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  • · Mencantikkan dan mencerahkan kulit
  • · Membantu menyembuhkan penyakit diabetes-Menurunkan paras glukosa dalam darah
  • · Boleh meghilangkan kahak
  • · Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
  •   kekuatan tenaga batin. -Dikenali sebagai viagra (kerana dapat meningkatkan hubungan kelamin suami isteri sahaja ye)
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  • Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  • Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. 
Meh sini nak cerita sedikit lagi la testimoni pelanggan kak Ogy. 
Pengasuh anak akak Ogy ni dia ada kencing manis dan darah tinggi. Akak bagi dia cuka kurma tapi dia tak lalu nak telan masam sangat katanya.


Akak da nasihat dia minum dgn madu or air manis lain tapi dia kata tak selera gak nak telan sebab dia tak bancuh kot sebenarnya. Tapi tak pela Kak Ogy tak putus asa sebab kak Ogy rasa khasiat dalam pati delima dan juga cuka kurma ni sangat-sangatla banyak tambahan untuk pesakit diabetes dan Darah tinggi macam dia tu.

 Kak Ogy kasik pula dia try Pati Delima Gulshan. Alhamdulillah tak sampai sebotol habis dia kata dia rasa bertenaga dan juga melawaskan pembuangan air besar. Maknanya apa tu? 


Maknanya kalau pembuangan bahan kumuh kita lancar secara tak langsung badan kita telah menyahtoksik kan bahan yang tak diperlukan secara teratur. In shaa Allah dengan  pemakanan yang seimbang dan juga minum pati delima Gulshan secara istiqamah dapat mengawal kencing manis dan darah tinggi yang di alami.

Itu baru sorang testimoni ada lagi tapi Kak Ogy tengah mengumpul kesan-kesan yang baik dari pemakanan pati delima ni. So sape-sape yang nak cuba tak rugi. 


Berbaloi-baloi kerana ianya diekstrak terus dari buah kulit dan biji nya sekali. Rasanya pun not bad sebab masam-masam manis. Hanya sesudu pagi dan sesudu malam. 

Than Kak Ogy buat testimoni sendiri cuba plak makan pati Delima Gulshan dua kali sehari iaitu waktu hendak tidur dan sebelum sahur. Alhamdulillah segar walaupun lepas sahur terus cergas melakukan aktiviti harian sebelum mulakan kerja.


 Kenapa ye cam tu? Ok mari kita kaji sedikit mengenai pati delima ni.

Than Kak Ogy buat testimoni sendiri cuba plak makan pati Delima Gulshan dua kali sehari iaitu waktu hendak tidur dan sebelum sahur. 


Alhamdulillah segar walaupun lepas sahur terus cergas melakukan aktiviti harian sebelum mulakan kerja. Kenapa ye cam tu? Ok mari kita kaji sedikit mengenai pati delima ni.

Oleh yang demikian Jus Pati Delima nilah yang buat kita rasa cergas di samping rasanya yang masam-masam manis seperti rasa ribena. Mungkin kerana fungsinya sendiri dapat melancarkan dan menstabilkan peredaran darah. 









Sumber Gambar dari blog :http://mencarijiwayanghilang.blogspot.com/2012/11/pati-delima-gulshan.html

PM atau whatsapp di no 0176422739. Serius buyer only!!! Harga InshaAllah sangatlah berbaloi dgn kesihatan anda terjamin. Semuanya dgn izin dari yang Esa juga.


Monday, 10 June 2013

Puasa Ganti

Salam dan selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W

Sekarang dah masuk bulan Syaaban  1434 H. Kak Ogy baru je start puasa ganti semula. Terasa alahai lemah sangat badan ni sebab tak sahur. Tapi sebelum ni Kak Ogy pun bukan sahur sangat cuma Kak Ogy akan pastikan sahur dgn sesudu cuka kurma dicampurkan dgn sesudu pati delima dalam secawan air dan juga air masak, alhamdulillah menyusu pun tak susut walaupun berpuasa. rasa masam cuka kurma dapat la di kurangkan. Malam sebelum tidur juga waktu sahur.

Semalam kak Ogy tak sahur dan tak consume dua2 benda penting tu. Alahai lembik...hambeeekkk...ada hati tak sahur pas tu nak skip2 plak supplement yang da serasi dengan badan kita tu. Okla sesiapa yang nak puasa ganti dan nak buat persiapan puasa boleh la hubungi Kak Ogy untuk mengamalkan cuka kurma Minab dari Timur Tengah dan juga pati delima Gulshan. Harga tak mahal cuma rm 18.00 sebotol untuk cuka kurma dan rm 17.00 untuk pati delima.

Monday, 20 May 2013

My Birthday

Salam dan selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W,

Kak Ogy memang jarang update blog, bukan...bukan malas, tapi Kak Ogy tak de benda menarik yang kak Ogy nak share. Tapi sempena ulang tahun Kak Ogy yang ke 32 ni rasa (kertu...(tua) dah diri ni). Rasa macam tak de pencapaian yang menarik dalam hidup Kak Ogy ni. Ada blog pun nak cerita pasal diri segan, so cerita la sedikit sebanyak.






Walau apapun pencapaian dalam hidup kita, kita sebenarnya kena harus redha dan bersyukur kerana orang lain belum tentu mampu dapat buat apa yang kita telah lakukan sepanjang hidup ini. Sebab itu Allah jadikan kita berlainan kulit, warna, rupa dan bla..bla...ngeeeee...

Kak Ogy bersyukur kerana di kurniakan suami yang hensem  baik, rajin, penyayang dll la, juga tak lupa di kurniakan seorang anak lelaki, pewaris zuriat dan keturunan. Cuma apa yang kak Ogy ralatkan ialah Kak Ogy belum dapat membahagiakan kedua ibu bapa kak Ogy.

Abah dah tak de, masih lagi terngiang di telinga pesanan terakhir abah. Kita kalau nak berniaga biar cerdik. Jadi orang yang dapat tangkap tender, bukan kuli yang cuci lantai. Begitula sedikit sebanyak nasihat dari abah setelah mendapat tahu sepupu ada buat bisnes cuci-cuci servis cleaning laki bini. Tapi yang menariknya derang laki bini yang usahakan sendiri(cuci sendir) tak de pakai kuli.

Kak Ogy mula bisnes kecil-kecilan dengan gubahan bunga keluarkan modal, tapi bila kurang mendapat sambutan, bunga pun terkubur layu. Nasibla bunga plastik. Than masuk bulan pose, member cakap lau nak komisen tolong rekemenkan kurma dia kat kekawan. Bermula dari situ Kak Ogy rajin plak mempromote barang niaga orang lain. Sebab seronok tak keluarkan modal.

Kemudian Kak Ogy mula berniaga barangan pemakanan dari timur tengah seperti cuka Kurma, Pati Delima, Habbatus Sauda, Za'faran, Minyak Zaitun dll. Seronok berniaga ni dia luar biasa sikit. Bukan keuntungan besar yang di kejar. Tapi bila kita menjual produk yang menjadi amalan sunnah rasulullah S.A.W seperti kurma dll dapat membantu menyelesaikan masalah sakit-sakit orang dengan rekemen produk mana yang sesuai.


Alhamdulillah, walaupun untung entah kemana, modal entah kemana yang penting kita rasa happy dan bersemangat dengan perniagaan kita. Sebenarnya Kak Ogy menunggu masa yang sesuai untuk memperbesarkan perniagaan Kak Ogy ni In shaa Allah. The day will come.


Oklah sampai sini saja setakat ni. Kak Ogy cuma ucapkan pada diri Kak Ogy agar berjaya memperbaiki amalan baik dan juga dapat menjadi contoh yang baik pada semua, biarpun Kak Ogy tak mampu mencegah kemungkaran dan keburukan. Hanya doa dan iringan buat semua di sekeliling Kak Ogy dan juga pada yang rajin nak baca...eh ada yang baca ke. Sekian wassalam :).

Thursday, 2 May 2013

Pelamin Tunang DIY

Bismillahirrahmannirrahiimm...

Alhamdulillah baru je kak Ogy makan nasi ayam kat belakang ngan g tido time lunch time, pagi2 dan petang sekang ni hujan dan mendung je buat Kak Ogy tak tahan nak tidur je rasanye....ngeee apakah ini simptom2 kertu....(tua).


Kali ni Kak Ogy nak cerita pasal kenduri tunang jiran Kak Ogy, eh ada ke org nak baca? Tak pelah kalau tak de sekalipun Kak Ogy anggap sebagai kenangan dan tatapan untuk Kak Ogy satu hari nanti.

Ok back to the point. Nak dijadikan cerita jiran sebelah kak Ogy ni org Minang tapi anak beranak dia dah beranak pinak kat sini so IC pun dah kaler biru la.

Kalau ikut adat diorang Keluarga perempuan yang kena minang sebelah lelaki. So ini kes 1st time keluarga derang kahwin dgn Melayu asal (Org selangor la). Derang tak tau sangat pasal2 adat org melayu dan mintak Kak Ogy menggubah barang2 hantaran.

So bermula la episod keras tangan Kak Ogy. Ngeee boleh la melihat gambar2 pelamin tunang DIY Kak Ogy ni :-



Yang ni bunga tepi dia asalnya anaknye nak sewa pelamin sampai rm 400 uols. Kak Ogy cakap tak payahla membazir tunang jeewww pooon.



Ha ni tgk lagi kat bawah ni:-


-

-

-


-


-


-


-



-


-


-




taraaa inila pengantinnye...eh eh ni majlis tunang baru la...so penunangnye...ngeeeeee




Kak Ogy sempat lagi tabur bunga-bunga kering sebagai hiasan .....so sape2 nak tiru cubalah senang je sebab org lain yang jahit langsir belakang tu Kak Ogy cuma pengarah teater sahaja (Tok Mandur)..


Oklah bubai dan salam ukhwah semua :) 

Sunday, 28 April 2013

Senyum tak perlu kata apa2

Bismillahirrahmannirrohiim.....

Salam dan selawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah sejak mengamalkan amalan cuka kurma+pati delima+safron (kadang2) dan juga pil habbatus sauda (kadang2) Kak Ogy dapati diri ini semakin ceria dan sihat. Aheeeeeeeeee...

Bukanla nak mempromosi sangat tapi inilah hakikat sejak akhir2 ini. Buktinya Kak Ogy cuma MC satu hari tahun ni. Itu pun tak ingat maybe sebab demam kot. Kalau tak sebelum ni rasanya MC dalam 2 or 3 bulan sekali mesti MC. Yelah dulu kan kerja shift, pemakanan tak teratur.

In shaa Allah kak Ogy nak istiqamah supaya tak MC kecuali sakit. Dgn rahmat Allah yang melimpah ruah kita kena ingat bukan sahaja rezeki dari Allah itu berupa duit, tapi kesenangan dunia seperti sihat, senyuman, keceriaan, anak2 dan kurang beban masalah adalah juga merupakan rezeki dari Allah SWT. Banyak pulak kak Ogy berceloteh kali ini.

Nanti ada masa kak Ogy nak share DIY Pelamin tunang dan hantaran yang kak Ogy buat untuk anak  jiran sebelah rumah Kak Ogy. Till then bubaiiiii....and ceria2 kan lah hidup kita ngan senyuman---->>> :) sedekah yang paling mudah.....ngeeeeeee